Kamis, 23 Maret 2017

Makna Warna Tali Pinggang Taekwondo!!!

Taekwondo (juga dieja Tae Kwon Do, Taekwon-Do) adalah olahraga bela diri Korea yang paling popular dan juga merupakan olahraga nasional Korea. Ini adalah seni bela diri yang paling banyak dimainkan di dunia dan juga dipertandingkan di Olimpiade.
Dalam bahasa Korea, hanja untuk Tae bererti "menendang atau menghancurkan dengan kaki". Kwon sebagai "seni tangan dan kaki" atau "jalan" atau "cara kaki dan kepala".
Populariti taekwondo telah menyebabkan seni ini berkembang dalam berbagai bentuk antaranya teknik perkelahian, bela diri, olahraga dan juga hiburan.
Macam yang "uols" tau, taekwondo ni bukan saja dipelajari oleh lelaki tetapi juga wanita. Pada yang pernah menyertai taekwondo semestinya tau kan maksud warna tali pinggang taekwondo yang pelbagai tu??? Pada yang tak pernah tau atau tak pernah ambil tau, jom akak kongsikan sikit dengan "uols"...

PUTIH
Melambangkan bersih dan suci sepertimana pelatih2 baru yang belum mengenali seni Taekwondo... Siapa2 yang baru menyertai Taekwondo memang akan diberikan tali pinggang putih... Dalam erti kata lain, "junior uols".
KUNING
Melambangkan bumi yang tumbuhannya mula mengeluarkan pucuk dan akar sepertimana asas Taekwondo mula berkembang.
HIJAU
Melambangkan tumbuhan yang mula membesar sebagaimana kemahiran Taekwondo mula dibina.
BIRU
Melambangkan syurga, ke arah kematangan tumbuhan kepada lebih membesar sebagaimana latihan Taekwondo sedang berjalan 
MERAH/COKLAT
Melambangkan bahaya, berharap pelatih2 berwaspada dan latihan mengawal dan amaran agar menjauhi daripada musuh.
HITAM
Bertentangan dengan putih, melambangkan kematangan dan berkemahiran Taekwondo.
sumber:http://www.bubblynotes.com/2013/09/makna-warna-tali-pinggang-taekwondo.html

0 komentar:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Posting Komentar