Dalam keadaan musuh menyerang kita perlulah menangkis serangan bagi
mengelakkan dari terkena tumbukan atau tendangan dari musuh. Serangan
musuh ditepis atau ditangkis bagi menyelamatkan anggota badan dari
ditumbuk atau ditendang dan seterusnya memudahkan langkah kita untuk
menyerang balas musuh tadi.
Serangan biasanya dilakukan samada tangan kosong, tangan bersenjata
ataupun kaki, jadi perlu diketahui cara bagaimana mahu menangkis
serangan ini terlebih dahulu pada peringkat awal kerana jika tidak dapat
menangkis serangan musuh maka sukar untuk melakukan serang balas
berikutnya.
Serang yang menggunakan tangan kosong atau tangan bersenjata boleh
ditangkis dengan tangan atau kaki dimana tangan ditepis sebelah sebelah
luar atau dalam supaya tumbukan tidak mengenai sasaran. Manakala jika
menggunakan kaki sebagai teknik tangkisan, kaki perlu diangkat lebig
tinggi dan menendang secara menyerong bagi mengalihkan tangan musuh ke
sasaran.
Jika musuh menyerang menggunakan kaki teknik menangkis serangan boleh
digunakan tangan atau kaki dimana kaki ditangkis di sebelah luar atau
dalam. Kaki akan ditolak ke kiri atau ke kanan dan tendangan tidak
mengenai sasaran.
Bagi tangkisan menggunakan kaki biasanya kawasan lutut mangsa akan
ditendang semula dengan pantas sebelum tendangan sampai. Kaki akan
diblok dan tendangan tidak sampai ke sasaran mangsa.
Selain dari teknik menangkis menggunakan tangan dan kaki ada juga
beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan dari terkena
serangan musuh iaitu teknik mengelak dan teknik mengelek.
Dalam teknik mengelak kita akan membuat sedikit gerakan samada ke kiri
atau ke kanan manakala teknik mengelek adalah memusingkan badan ke kiri
ataupun ke kanan bagi mengelak dari tumbukan atau tendangan.
Teknik Beladiri boleh dipelajari dengan mudah dari rumah hanya 10 minit sehari dengan mendapatkan produk di bawah ini :-
Akan bersambung pada siri akan datang dengan penerangan melalui gambar dan video bagi memudahkan kefahaman anda semua......
sumber:http://teknik-beladiri.blogspot.co.id/2012/09/teknik-beladiri-teknik-menangkis.html
Kamis, 23 Maret 2017
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar